Saturday, March 21, 2009

Citer Pasal Panda Plaks...



Pic Panda masa age 4 bulan & masa memula sampai umah....

Panda?? Haaa...Bdk nakal nie, Lynda dapat dr Ex-opismate EJ, Shela & Hasnul. Nama member diorg tu NANA. EJ dah angin2 kt aku 2 bulan b4 tu. EJ kata ada member dia nk bg kucing bulu kembang kt dia. Tp ej payah nk bela time coz ada beberapa probs yg tak dpt nak elak. So, EJ kata dia nak bg hadiah kt aku. Kebetulan time tu EJ penah datang umah aku & tgk aku dah bela Comel. Kiranya EJ nak aku carik kawan untuk Comel la....ehehehehe... Tp kucing tu ada problem sket. Kucing tu berkurap kt telinga. Akuagree...Tp aku suh EJ cakap kt Nana, bawak kucing tu pie wat treatment kurap tu kt clinic.


Pada 28hb Oktober 2007, masa tu hari raya. Shela & Hasnul ajak aku beraya kt rumah Nana kt area Subang. Masa tu aku bawak cage skali manatau, leh amik Panda skali. Mulanya ingatkan nak tgk je dulu si Panda nie. Tp aku btol2 kesian la kt dia...Kurap dia still ada lg. Tp dah kurang la coz Nana kata dia dah bawak Panda pie clinic. At last, aku wat keputusan bawak balik Panda. Sampai kt umah, Comel nie garang laaa.... Dia takmo kawan ngan Panda. Sombong! ehehehehe... Panda aku kurung dalam sangkar besar. Punya la bising!!!! Dia takmo kena kurung. Mlm tu mmg takleh tdo. Dok layan dia men kt luar. Comel cam biasa la masa tu, Dia tdo kt bilik ngan aku. Masa aku men ngan Panda, Comel dok dari jauh, tengokkkk je...

Esoknya, aku bawak Panda gie clinic. Panda kena boarding kt clinic coz dokte tak kasik aku campurkan Panda ngan Comel coz takut Comel jangkit lak. Dokte suh aku basuh sangkar & apa2 yang dkt ngan panda ms kt umah tu coz takut 'hama' tu melekat kt barang2 tu. So, balik je dari clinic, aku trus basuh sumer barang2 tu. Tp, ditakdirkan, Comel berjang
kit gak kurap tu. Comel kena kt tengkuk. Tp tak seserius panda la. Panda kena boarding lebih kurang seminggu masa tu. Dokte anggarkan umO Panda masa tu around 4 month berdasarkan pada pertumbuhan gigi dia. Dokte tau la kan...aku mana tau ehehehehhe

Balik je dari clinic, Comel cam biasa la sombong ngan Panda. Tp Panda tetap tak putus asa nak berkawan ngan Comel. At last diorg jadik kawan baik eheehehehe....



Pic Panda & Comel masa br nak mula berkawan2...




Panda & Comel dah makin rapat...tido pun dah leh sesama dah...

Panda nie masa dia dah sihat tu, perangai dia nie, dia suka baring atas muka kita. PAPP!! tetibe je dia baring atas muka....ahahahaha... Pastu dua2 nak tdo ngan aku. Bila kurung, memekak mintak kuar.... Haiyooo!!! Sampai skang si Panda nie mmg suka memekak ehehehehehe...



Panda 5 Bulan




Panda 6 Bulan




Panda 7 Bulan



The latest Panda....




Serious tak kitorang????

Friday, March 20, 2009

Asal Usul Sejarah Comel @ Kuyi2



13 Ogos 2007, dalam kul 2 ptg, aku gie makan kt satu warung dpn opis lama dulu, aku ternampak la Comel nyot nyet...nyot nyet..terkedek2 kuar dari dapo warung tuh. Aku teruja ngan bulu dia yang kembang tuh.... Aku panggil dia.. Comel datang. Masa tu Abg Bob pun ada...Abg Bob kasik dia daging yang ada dlm mee goreng dia. Punya la kelaparan... Daging yang liat tu pun dibahamnya.

Aku tanya kt abang kedai tu, "bang, kucing nie sape punye ek?". Dia jwb, "kucing nie dah 3 arie orang buang kt sini". Aku sengih...ehehehehe....then aku tanya Abg Bob, "boleh tak i nak bela dia?". Abg Bob tgk aku..."Boleh ke nak bela?" Aku cakap, "Boleh!!" dgn bersemangat sekali ehehehehehe.... Abg Bob pun kata,"OK". Pas makan tuh, trus aku & Abg Bob bawak Comel g clinic haiwan kt Bukit Tinggi coz Abg Bob membership kt clinic tu. Otw gie clinic, Comel senyap je atas riba aku. Sampai je kt clinic, trus aku bg kt dokte. Abg Bob suh dokte mandikan & bersihkan apa yang patut. Aku g tgk sangkar & barangan keperluan yang len untuk bela Comel. Bila sumer dah settle, kitorang trus balik opis.

Balik keje aku trus balik umah coz ms tu aku nek moto. Abg Bob trus g clinic amik Comel & bawak balik ke umah. Ms tu umah aku apartment yang bawahnya da kedai tuh. So, nak mengangkat barang2 yang beli tu, kira basah gak la ketiak masa tuh....ahahahahahaha... Bila dah settle sumer, Abg Bob trus balik. Aku dgn hati berbunga2 naik atas & pasang sangkar, masukkan pasir crystal kt dalam bekas toilet, letak air dalam bekas minuman & letak biskut kt tempat makanan. Comel senyap je. Maybe terkejut kot. Dia dah wangi...dah bersih..dokte dah bg dia ubat cacing. Tp dokte tak kasik vaksin lagi coz Comel still kecik& dia tak berapa sihat masa tu. Anggaran dokte pada umO Comel masa tu ialah around 3 bulan berdasarkan pertumbuhan gigi dia.



Comel ms br sampai & lepak dlm cage baru...

Hari2 selepas tu rasa happy sgt. Tak sabo nak balik umah coz Comel mesti tunggu aku depan pintu sambut aku balik keje...



Nie la pic2 Comel mengikut age dia...

Ketidakmengantukkan...

Malam nie tak ngantuk langsung....Maybe sebab ptg td aku dah tido sampai la nak maghrib.... Sok pagi payah la nak bangun pagi...HAIYOOO!!!

Dok layan lagu Faizal Tahir nie..." COBA"...

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa

chorus
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

repeat chorus
maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku


Layaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...................

Thursday, March 19, 2009

Keceriaan Kini Kembali

Dengan kesihatan Bintang yang semakin baik, aku ngan anak2 yang lain semakin ceria. Apatah lg bila tgk Bintang dah semakin active & dah boleh melompat sana sini. Ptg td aku bawak Bintang, Kolat, Ateh & Ameng untuk inject vaksin. Yang lain kena inject, kecuali Bintang coz dokte kata tunggu Bintang betul2 sihat & jahitan operate Bintang dibukak by next week. Harap2 semuanya selamat & berjalan dengan lancar. Kaki Kolat pun dah nampak OK. Dia tak lagi terhencut2 cam arie tu.

Dalam keceriaan kitorang tu pun, aku still ingatkan Chokie & Captain. Kesedihan tu still ada lagi. Bila teringat kenangan ngan diorang, air mata still bergenang....


TAPI.... yang penting skrg kesihatan Bintang dan anak2 yang lain... Buat kawan2 yang mendoakan dan memberi semangat pada aku, TERIMA KASIH banyak2...Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...



Tuesday, March 17, 2009

Kehilangan yang amat dirasai...

Baru je publish tentang gembiranya perasaan aku dengan kehadiran Chokie... Kali nie aku terpaksa terima hakikat yang Allah juga lebih menyanyangi dia....

Kul 10.30 mlm td (16hb Mac 2009), Chokie dah nampak lemah sgt. Tiba2 je dia jadi macam tu. Sedihnya aku tgk dia. Susu dah taknak. Ptg tu Bintang & yang lain pun dah takmo dekat dgn dia. Mak aku ada cakap, kucing kalau dia dah nak mati, kucing lain tak akan dekat. Aku dapat rasa yang Chokie pun akan tinggalkan aku cam Captain tinggalkan aku.... Kul 11.30 mlm dia dah start nazak... Aku tak henti2 berdoa, moga Allah kuatkan semangat dia untuk terus hidup. Tapi apakan daya...Allah lebih sayangkan dia...

Pemergian Chokie ada hikmahnya coz if dia hidup pun, antibodi dia tak kuat. Dia tak penah dapat rasa susu dari ibu dia coz kelenjar susu Bintang tak menghasilkan susu. Selama dia lahir pun aku yang susukan dia ngan cara manual. Kesian dia... baru 6 hari dia lahir dan belum pun sempat nak melihat dunia...dia dah pergi tinggalkan kita...ya Allah... sedihnya aku...

Aku akan terus merindui Captain dan Chokie walaupun hanya seketika diorang menjadi penyeri hidup kami sekeluarga...

Menaip blog nie pun aku dah teresak2 menangis....sedih sangat2...

Sunday, March 15, 2009

Buah hati baru aku ...










Nie la buah hati baru aku...tinggal dia sekO je dari 6 ekO. Sian dia....kuar pun ikut tingkap (operate). Nama dia CHOKIE...panggilan manja Chokie-Chokie... Minum susu pun by manual. Ibu dia si Bintang still sakit kesan dari operate tuh & kelenjar susu Bintang tak menghasilkan susu coz umur dia blom matang. Doakan Chokie trus sihat dan membesar dgn sempurna ekkk...

Mcm2 dugaan dah dia tempuh sejak dia lahir nie...sian CHOKIE.... Begitu jugak pada Bintang...dia pun dah banyak menempuh dugaan sepanjang melahirkan anak2 dia...

JoM Mengaji